Facebook
RSS

5 Bukti Dia Sayangkan Anda

Jul - 3 - 2012
admin





Setiap pasangan yang bercinta baik lelaki mahupun wanita pasti ingin mengetahui bukti bahawa si dia benar-benar menyayangi dan mencintai diri anda. Jika dia benar-benar sayang dan cintai anda itu tandanya si dia serius dengan hubungan bersama anda.

Bukti sayang atau cinta ini bukanlah seperti yang ramai bayangkan iaitu dengan menyerahkan segala-galanya adalah bukti kepada sayang dan cinta. Anda silap. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk si dia membuktikan rasa sayang dan cintanya pada diri anda.

Berikut adalah 5 bukti dia sayangkan anda.

Pertama; Dia luahkan kata sayang dan cinta pada anda.

Setiap kali dia ada kesempatan untuk luahkan rasa sayang, dia akan lakukannya. Dia tidak luahkan secara berpura – pura. Sebaliknya luahan itu datang dari hatinya yang ikhlas.

 

Kedua; Dia luangkan masa untuk bersama dengan anda.

Dia sayangkan anda jika dia sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan anda. Kadangkala, dia sanggup mengorbankan masa berharga dia untuk bersama dengan anda. Dia juga rasa bahagia jika dapat meluangkan masa bersama dengan anda.

 

Ketiga; Dia berikan anda hadiah yang banyak.

Dia sayangkan anda jika dia selalu memberi anda hadiah walaupun tiada tujuan. Apa sahaja yang anda minta, dia akan cuba dapatkan dan jika dia tidak berjaya, dia akan gantikannya dengan yang lain. Perasaan sayang membuatkan dia selalu ingin memberi sesuatu kepada anda walaupun barang tersebut kecil

 

Keempat; Dia selalu tolong anda.

Apabila dia selalu menolong anda, dia sememangnya sayang akan diri anda. Kangakala , hal yang kecil pun dia sanggup turun padang dan tolong anda.

 

Kelima; Selalu tanya khabar..
Jika dia selalu sms dan telefon bertanyakan khabar pada anda, dia memang sayang pada anda. Selalunya dia akan kerap bertanya mengenal hal – hal anda kerana dia ambil berat.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



5 Tips Menjaga Hubun

Pasangan yang sudah berkahwin tetapi diuji dengan hubungan jarak jauh ...

5 Tips Menjadi Suami

Lelaki yang bergelar suami adalah merupakan ketua keluarga yang dipertanggungjawabkan ...

5 Tips Menjadi Ister

Wanita adalah golongan yang mudah masuk ke dalam neraka, dan ...

5 Tips Menghadapi Sa

Apabila seseorang itu mahu berkahwin, malam pertama sering menjadi bayangan ...

5 Tips Bertemu Bakal

Hari ini ramai lelaki hanya tahu pandai bercinta sahaja tetapi ...