Facebook
RSS





barang hantaran pertunangan

BAJET SEDERHANA

Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti.

Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan. Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri.

Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu.

Jadi, eloklah bakal tunang berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.

 

Senarai barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan barang hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:

1. Sirih junjung

2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt

3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)

4. Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))

5. Sejadah

6. Tuala

7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dan sebagainya

8. Coklat atau manisan lain

9. Kek

10.Potpourri

11.Buah-buahan

 

Senarai barang hantaran pertunangan bagi pihak lelaki:

1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)

2. Tepak sirih

3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)

4. Telekung sembahyang

5. Kek

6. Buah

7. Coklat atau manisan lain

8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dan sebagainya

 

Sumber 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


One Response so far.

  1. leesa says:

    utk hantaran, pertunangan lain pkahwinan lain eyh??


5 Tips Menjaga Hubun

Pasangan yang sudah berkahwin tetapi diuji dengan hubungan jarak jauh ...

5 Tips Menjadi Suami

Lelaki yang bergelar suami adalah merupakan ketua keluarga yang dipertanggungjawabkan ...

5 Tips Menjadi Ister

Wanita adalah golongan yang mudah masuk ke dalam neraka, dan ...

5 Tips Menghadapi Sa

Apabila seseorang itu mahu berkahwin, malam pertama sering menjadi bayangan ...

5 Tips Bertemu Bakal

Hari ini ramai lelaki hanya tahu pandai bercinta sahaja tetapi ...