Facebook
RSS





melupakan seseorang

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh.

Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.
.
.
Bagaimana cara-cara untuk melupakannya? – Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah – Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.
.
.
Elakkan Diri Daripada Bersendirian – Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri anda daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti anda akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda, Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang ingin anda lupai.
.
.
Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai – Ada sesetengah orang, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai.
.
.
Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan – Kadangkala anda melupakan seseorang bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan tertentu yang ingin anda lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup anda.

Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari.
.
.
Perundingan Terhormat – Salah satu cara lain ialah menerusi perundingan. Namun perundingan ini perlu mempunyai objektif tertentu supaya kita tidak berasa sakit hati. Kita harus memiliki keazaman yang kuat untuk melupakan dia sebelum perundingan dan selepas perundingan dibuat. Perundingan ini mungkin mengubah rasa untuk bercinta kepada perhubungan biasa atau kawan. Dalam keadaan ini, perasaan saling menghormati akan turut membantu menawarkan perasaan kecewa atau sakit hati kita terhadap seseorang.

Bagaimana pula dalam kes cinta bertepuk sebelah tangan. Atau kita ingin berkawan atau mendekati seseorang tetapi ditolak bulat-bulat oleh orang tersebut tanpa perundingan. Setiap kali kita mahu mendekatinya, maka setiap kali itu juga dia cuba mengelakkan diri atau menjauhi diri daripada kita. Ya, ini juga soalan terbaru yang saya terima. Kepada anda yang bertanya, maka saya cadangkan anda mengikut langkah terawal yang saya sebutkan tadi. Perundingan mungkin sukar dilakukan, maka anda tidak mempunyai pilihan lain selain menghormati kehendak si dia dan meneruskan kehidupan baru anda.
.
.
Mulakan Kehidupan Baru, Lupakan Titik Kepiluan Lalu – Bagaimana sekiranya anda rasa ada sesuatu yang perlu anda beritahu kepada dia. Salah faham tertentu, fitnah dan sebagainya? Kadangkala tidak semua keadaan memihak kepada kita. Cara terbaik ialah memulakan kehidupan baru tanpa si dia. Sebarang penganiayaan yang berlaku ke atas diri kita biarlah ditetapkan dengan kasih sayang dan keadilan Tuhan. Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah di dunia ini.

Apa pun teruskan kehidupan baru. Tanam azam dan matlamat. Carilah tujuan asal kehidupan kita. Apabila kita menemui tujuan sebenar kehidupan kita di muka bumi, maka bukan sahaja perasaan sakit hati atau kecewa terhadap orang yang ingin kita lupai akan hilang, malah masalah-masalah berkaitan perasaan yang lain juga mungkin akan sembuh secara semula jadi.
.
.
Wujudkan Matlamat Akhirat – Inilah keajaiban yang ada di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh. Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita.

Cinta, perasaan dan hubungan sesama manusia mungkin topik yang menarik untuk dibicarakan sehingga dijadikan ilham untuk menulis lirik lagu, novel dan skrip drama kerana ia merupakan perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Namun, apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.

Menjadi Kekasih Allah – Ini adalah satu langkah yang terbaik untuk mengubati jiwa sebagai seorang hamba. Menerusi langkah ini, kita belajar dan cuba mengenali sifat-sifat Allah. Kita mendekati diri kita kepada Allah. Menghayati kekuasaan dan nikmat yang telah diberikan kepada diri kita. Jangan bersedih, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita pasrah dan menyerah diri kepada Allah.

Dalam catatan sejarah berkaitan dengan para sahabat, wali dan sufi, terdapat kisah beberapa wali atau kekasih Allah yang sangat-sangat mencintai Allah sehingga tidak ada kasih sayang manusia berupa cinta atau kemewahan atau apa-apa sahaja nikmat dunia yang mampu menandingi perasaan cintanya kepada Allah. Mereka yang mempunyai perasaan cinta sejati kepada Allah ini, hatinya sentiasa tenang dan bahagia.

Jika mereka bersedih, maka mereka bersedih kerana dosa mereka terhadap Allah, dan jika mereka menangis, juga kerana Allah, tidur kerana Allah, makan kerana Allah, berbicara kerana Allah, mandi kerana Allah, berjalan kerana Allah dan segala-galanya kerana Allah. Manusia seperti ini mengabaikan kemewahan dan kegemilangan dunia demi mencari keredhaan Allah.

 

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


4 Responses so far.

  1. devi sintabela says:

    aku sudah 11 bulan melupakan mantan pacarku tapi belum bisa walau sudah mendapat penggantinya

  2. Puteri says:

    saya pernah ada seorang kekasih yang sangat saya cintai tapi malangnya kami tak dapat bersama lagi. .dia ada pilihan dia sendiri. .dia hanya perlukan saya di saat dia sunyi. .betapa hancur hati saya tapi saya masih tak dapat nak lupakan dia hingga saat ni. .dia masih dalam hati saya walau pun ada lelaki lain yang masih menanti jawapan dari saya dan saya tak nafikan lelaki itu lebih sempurna dari kekasih saya. .cuma saya tak dapat nak lupakan dia lagi. .tak tau macam mana cara nak lupakan dia. .saya cintakan dia hingga saat ni. .

  3. Airreneeren says:

    Saya baru saja putuskan hubungan saya dengan kekasih ke-4 saya…Yang paling saya sayang ialah yang ke 3….Saya masih belum dapat melupakan dia sebab saya dan dia sentiasa berjumpa….Sekali berjumpa,pasti bertikam lidah…Dulu kami bersahabat baik…Tapi,lepas dia jatuh cinta dengan saya,sebab tu lah hubungan kami renggang…Saya harap saya dapat lupakan dia….Dia pun dah lupakan saya sebab dia ada pilihan yang lain….Saya cuba untuk 2 tahun untuk melupakan dia tapi tak dapat…Saya harap saya dapat lupakan dia…

  4. SYALINDA says:

    tiada guna kita mengharapkan cinta andainya bukan milik kita tapi jangan sesekali mengatakan benci andai hati masih sayang…..ILOVE YOU MOHAMMAD FIRDAUS ZAHARI…


Berpasangan Dengan O

Kes bercinta dengan orang kenamaan ini adalah kes cinta terpencil. ...

Tips Memikat Cinta L

Jika anda ingin memikat lelaki yang anda suka, anda boleh ...

Tips Pikat Awek

Anda tidak perlu lagi peningkan kepala bagaimana hendak memikat awek ...

Apa Yang Terjadi Kep

Sebagai wanita, anda perlu tahu apa yang berlaku pada diri ...

Adab – Adab Melaku

Hubungan seks adalah hubungan yang suci di antara suami dan ...