Facebook
RSS





Bukan mudah nak memikat orang yang kita idam-idamkan sehingga tidur tak lena. Mandi tak basah. Makan kenyang sampai perut buncit tanpa ada asas iaitu cara dan langkah-langkah yang betul. Takkan nak main serbu tak pakai helmet kang pecah itu kepala.

Jom teruskan membaca beberapa tips untuk si wanita memikat lelaki idaman.

Ciri-Ciri Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki

1. Lelaki Suka Sifat Wanita Kelihatan Cantik
Perkara yang paling asas untuk wanita adalah ia perlu kelihatan cantik. Apa? CANTIK. Kalau seseorang itu merasa cantik dalam dirinya InsyaAllah dia akan kelihatan cantik. Ini bukan perasan atau syok sendiri tapi ini adalah yakin dengan ketentuan Allah.

Sesungguhnya aku telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan dia redha dengan kejadiannya dan dia yakin bahawa kejadian Allah yang dirinya dibuat dengan secantik-cantik kejadian. Walaupun mungkin hidungnya besau, hidung tak tinggi tapi kemik. Tapi oleh kerana ini adalah ciptaan Allah mesti ada sebab ada hikmah. Ok faham tak ni?

Ingat Bukan perasaan tapi nak menghayati ciptaan Allah yang penuh kesempurnaan ini yang kita tak sedar diri ini.

 

2. Lelaki Suka Sifat Wanita Keanak-anakan
Percayalah bahawa wanita yang ada sifat keanak-anakan dapat menarik hati orang lelaki. Sebab sifat lelaki ini dia nak menjadi hero, nak membela. Orang lelaki ini dia nak macho. Dia nak menjaga, membela, mengawal, membimbing dan juga melindungi wanita. Tapi wanita itu bukan umur budak-budak. Tapi umurnya besau macam Heliza Helmi kita tuh. Kan comel? betul? Sesekali macam budak tadika apasalahnya kan. Tapi ingat jangan terlalu over nanti nampak macam orang gila.

 

3. Lelaki Suka Sifat Wanita Berakhlak
Sudah semestinya semua lelaki di luar sana suka akan sifat wanita yang berakhlak. Sopan santun, ada sifat-sifat wanita timur. Jangan orang timur nak buat perangai macam sikap orang barat. Ingat! Orang barat pun tertarik dengan wanita timur okay. Tapi malangnya ada juga orang timur yang tertarik dengan wanita barat. Itu #Failed

 

4. Lelaki Terpikat dengan Wanita Beragama
Tanyalah mana-mana lelaki luar siapa taknak wanita yang beragama ? Tanya si Shark dalam KL Gangster pun dia nak Wanita Beragama. Wanita yang beragama ini adalah patut perintah Allah. Solat 5 Waktu dan sebagainya.

 

5. Lelaki Terpikat dengan Wanita Bijaksana
Bijaksana merupakan salah satu sifat-sifat wanita yang menjadi idaman lelaki iaitu pandai. Tapi ingat lelaki menolak wanita yang menunjuk-nunjuk kepandainnya. Kalau tak tahu cakap saja tak tahu jangan buat kepala tahu. Lumrah orang lelaki memang suka tengok wanita cantik yang seksi tapi nak jadikan isteri bukan jadikan girlfriends untuk jadikan isteri lelaki tertolak, menyampah melihat perempuan2 yang seksi2 mengada2 yang mempamerkan keseksiannya..

 

6. Lelaki Tertarik dengan Wanita Yang Memahami
Lelaki cukup tertarik dengan sifat wanita yang memahami iaitu gerak batinnya kuat. Tak cakap banyak! Faham apa lelaki itu mahu contoh nak pergi tengok bola ke. Faham jangan nak main menunduh je cakap pergi mengorat si macha kedai mamak. #LOL

 

7. Lelaki Suka Sifat Wanita yang Tidak Terlalu Cemburu
Nak cemburu boleh. Tapi cemburu itu biarlah sikit-sikit memang cun. Cemburu banyak-banyak sesak nafas woi..

 

8. Lelaki Suka Wanita yang Menaikkan semangat lelaki
Dalam perkara ini lelaki memang suka akan wanita yang memberi dorongan iaitu menaikkan semangat si lelaki. Kalau tanya hariz pun terpikat tau! Bukannya nak kondem sahaja apa yang lelaki itu buat. Itu #Failed

 

9. Lelaki tergoda dengan Wanita yang sejuk mata memandang
Lelaki cukup minat akan wanita yang sejuk mata memandang contoh ? cer contoh? Korang boleh fikir sendiri kan dekat sini.

 

10. Ada kesamaan yang bermakna
Kesamaan yang bermakna ini contoh jika si lelaki itu minat Android korang pun minatlah Android haaa baru ada kesamaan betul tak? Jika si lelaki itu minat main bowling korang pun minat main bowling. Boleh ngedate di bowling bowl. Bukannya kesamaan dari segi fizikal bulu kaki ke. bermisai ke mahupun berjanggut secupit macam saya itu #Failed

 

Baiklah itu sahaja 10 tips Ciri-Ciri Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki yang boleh dipraktikkan untuk wanita diluar sana bagi memikat lelaki idaman mereka. Langkah dah bagi. Tips dah kongsi. Apa lagi? Buka langkah terus pikat Lelaki Idaman Anda. Semoga Bermanfaat :)

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



5 Tips Untuk Kekalka

Kebanyakan pasangan berkahwin seolah – olah hilang fokus pada hubungan ...

3 Perkara Yang Perlu

Perkara pertama; Sedar akan tahap kemampuan kewangan keluarga anda. Keluarga sekarang ...

Si Dia Jarang Menguc

Apa nilai ucapan “aku cinta padamu” atau “I love you” ...

5 Perkara Yang Anda

Pertama; Bercakap terlalu banyak. Apabila anda berdua bersembang, anda jangan terlalu ...

Konsep Hubungan Seks

Sebelum anda mahu melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, anda ...