Facebook
RSS

Kos Bajet Perkahwinan RM5000

Jun - 14 - 2012
admin





Perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

 

Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: “Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Ahmad)

 

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.

Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Tambah rezeki dengan berkahwin seperti mana Islam katakan seperti di atas. Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada ALLAH SWT.

Jadi biarlah majlis walimatul urus itu mempunyai bajet yang murah dan tak membebankan mana-mana pihak.

Idea ini dari Kiyai Reformis dan sumber dari Cik Kuntum.

 

Kos di bawah RM5000 !

Jemputan sekitar 100 hingga 150 orang. Paling tinggi 200 orang.

Makan perkepala RM10 (pasti kenyang!) Ini kebanyakan menggunakan khidmat katering.

Siapa yang akan diundang?

[+] 40 kad untuk jiran tetangga.

[+] 40 kad untuk kaum keluarga terdekat.

[+] 40 kad untuk rakan baik pasangan pengantin

[+] 30 kad (reserve)

Jumlah 150 keping kad. Kos makan minum (RM10 x 200 = RM 2000)

Jangan tambah kad jika kad telah habis. Jangan jemput orang yang bukan rakan baik pasangan. Bukan keluarga terdekat, bukan jiran tetangga.

 

Aturcara Majlis: 11 pagi hingga 3 petang

Tempat: Halaman rumah (satu kanopi dengan buffet makanan)

Setelah pengantin diijabkabul di dalam rumah atau di anjung luar atau di wakaf yang dikhaskan di halaman. Pengantin bolehlah beramah mesra dengan para tetamu.

Kos sewaan pakaian RM300 + hiasan mudah wakaf RM200 (tidak termasuk pakaian sendiri)

Kamera video RM400 + juru gambar RM300

Memotong kek RM200 (tempat di halaman rumah) tidak perlu makan berdamai kerana pasangan mempelai boleh makan bersama-sama tetamu.

Untuk memudahkan layanan lebih mesra pasangan pengantin untuk tetamu bolehlah dicatatkan masa kehadiran buat tetamu untuk 50 kad setiap satu jam. Bermaksud:

[+] 50 kad undangan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari

[+] 50 kad undangan dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang

[+] 50 kad undangan dari jam 1 petang hingga jam 2 petang

[+] 50 kad undangan dari jam 2 petang hingga jam 3 petang.

Majlis akan menjadi sangat mudah dan meriah kerana dihadiri oleh tetamu yang boleh dimesrai oleh pasangan mempelai. Tidak memenatkan dan sangat tenang sambil video merakam detik-detik indah tersebut. InsyaAllah.

 

Kos keseluruhan majlis:

[+] Makan minum RM2000

[+] Sebuah kanopi RM300

[+] Pakaian pengantin RM500

[+] Video RM400

[+] Jurugambar RM300

[+] Kek RM200

Jumlah RM 3700 sahaja ! masih berbaki RM 1300 ..

 

Terpulang kepada anda, boleh saja dipanggil penjual aiskrim untuk dibayar ‘lumpsum” RM300

Masih berbaki RM 1000 untuk diadakan cabutan bertuah pada setiap satu jam dan sebagainya. Boleh saja ditambah hiasan tempat akad nikah, atau upah tenaga mengemas selepas majlis.

Atau untuk mencetak kad jemputan yang cantik sebelum majlis perkahwinan (tidak digalakkan lebih dari harga RM2.00/kad)

*****************************************************************

Betapa mudahnya perkahwinan. Tidak perlu rasanya saya mengeluarkan hingga seribu keping kad bahkan hingga 2 ribu keping kad jemputan. Kerana melalui pengalaman yang saya lihat ada tetamu yang hadir tidak mengenali ibubapa pengantin bahkan tidak kenal langsung dengan pengantin!!!

Sungguh ajaib jemputan sebegini. Hanya kirim-kiriman kepada agen penulis kad jemputan dari setiap kampung berhampiran ! Ini perbuatan bodoh sekali. Tetamu yang hadir hanya menunjukkan muka entah kepada siapa. Tidak dilayan dengan sempurna. Petugas majlis mencuri tulang lantaran kepenatan. Bapa pengantin tidak peduli kerana sibuk ‘bersalam kokot’ Pengantin di dalam bilik bersolek-solek saja. Tetamu datang dan pergi entah dari mana dan untuk apa?????

Sudahlah… ini semua jauh amat dari keberkatan, ini kerja yang karut dan syaitani ! Ini semua penyumbang kepada gejala pembuangan bayi. Saya ulangi sekali ini semua penggalak kepada gejala pembunuhan bayi. Itu semua kesombongan dan budaya ikut-ikutan. Yang miskin pun ingin mengikut, yang alim pun begitu juga. Dua kali lima! Sudahlah…. tinggalkanlah.

Jika orang tua tak mahu faham juga… Kita Kahwin Lari Saja …!

Sekian dulu dari Kiyai Reformis…

‘Kiyai Reformis Bersama Orang Muda’

 

Sangat menarik idea ni. Simple tetapi akan meriah kerana jemputan yang datang semuanya kita kenal selain dapat beramah mesra. Bagi pihak pengantin lelaki sangat sesuai bajet bertandang macam ni. Kenapa pihak lelaki? Sebab pihak perempuan, pasti mesti hendak perkahwinan yang meriah. hehehe (^_^)

 

Sumber 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



3 Tips Untuk Jadikan

Wanita selalu bergantung kepada emosinya untuk menilai seorang lelaki. Untuk ...

Tips Pancing Awek

Anda tidak perlu lagi peningkan kepala bagaimana hendak memikat awek ...

Seks Adalah Hubungan

Ramai yang terperangkap apabila menganggap hubungan seks adalah hubungan nafsu. ...

3 Cara Untuk Buatkan

Cara Pertama; Menjadi seorang pendengar yang baik. . Isteri akan mula pandang ...

Cinta Jarak Jauh Tid

Ada sesetengah orang sangat tidak percaya kepada cinta jarak jauh ...