Facebook
RSS





tanda jodoh

Secara umum yang kita tahu, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.

Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-

“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”

Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.

.

Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-

Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.

Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.

Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

 

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.

Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.

Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?

 

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.

Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.

Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

 

Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.

Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?

Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!

Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
.
.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.

Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


25 Responses so far.

  1. uda says:

    Terima kasih for sharing.
    Saya trpaksa berkahwin dgn insan yg saya tak pernah cinta demi family. Ape2pun saya kena sentiasa brsangka baik.

    • admin says:

      Salam Uda.. terima kasih kerana berkunjung ke blog ini… insyaallah saya akan berkongsikan bagaimana menghadapi perkahwinan yang dirancang oleh keluarga…

  2. Myra Amira says:

    entry yg sngt bagus..
    actually, betul kata admin, berpisah mcm mana pun, kalau dah jodoh tu milik kita, mmg ia milik kita… sy pernah bercinta selama 5 tahun dan berpisah selama 3 tahun. tapi, skrg kami jumpe balik and now we’re planning to move to the next level insya Allah :)

  3. polka dot says:

    sy ada 1 soalan..berkaitan persoalan jodoh..
    sy dan si dia dah hmpir 4 tahun bersama..mcm2 dugaan…tapi xdapat dinafikan..ktorg memg serasi la just kdng2 bnyk gak pertngkran..wlpown ktorg break..ttp kmbli brsma..xkira la brpa kali pown..hmm..nk djdikan crta..1 hri sy sakit..dan xsdar..mngenai hbngan ktorg..kdua2 fmly tahu..apabla sy jtuh skit..dsahkn sy dsihir..n bila pergi rubat kg..ada yg mngtakan si dia yg mnyihir sy..pda msa itu kotrg da xbrsma…dah hmpir 1 thun sy lost cntct dngn dya…ntah mcm mna si dya dpt cri sy d FB..sdngkn da lma n memg sy wat spya xda siapa pown dpt cri..ntah la..kbtulan sblum si dia kmbli mncul sy jtuh skit smula slpas 4 bulan smbuh..apabla si dia mncul..hti sy trtnya apa lg ujian yg tuhan brikan pda sy…stiap kali sy pergi jauh mna pown si dya dpt cri….adakah tuhan nk tnjuk dkt sy yg si dia jdoh sy…. lg pown fmly sy dah xdpt trma si dya ats prbuatan sihir tuwh..fmly sy mti2 ckp dy yg wat sy skit… tp trgrak jgk hti sy untuk hbngi si dya sbb si dya ada tnggalkn num fon..ye la..da sthun lost n sy mcm trsdar dri tdur yg pnjang..si dya explain smuanya..ckp si dya xwat sumpah demiallah smua..if si dya wat si dya xkn bdpan ayh sy msa si dya dtng mlwat sy skit dlu..(untuk ppngthuan ktorg jauh sy d utra n si dya d sltan..) ntah la..bila si dya crita smuanya sy xtahu apa2 mngkin sy xsdar msa tu..si dya ada brikan pnjlsan tp ayh sy xnk dngr..ayh sy sorg yg ttap pndriannya…skunk si dya nk kmbli smula..tp hti sy xbrni n sy ttp angp jgk si dya yg wat prkra tuh..si dya ada ckp mngkin niey smua slah fham 1 hri nty biar kluarga si dya yg trangkn pda ayh sy..sy btl2 tak paham apa ujian yg sy dpt niey nk tnjukkan jdoh sy ke??? apa pndpt anda???

  4. Mira says:

    entry yg bagus..izin share…i’ll link u back..tq..:)

  5. amira says:

    saya pernah bercinta dengan pemuda muda 9 tahun…tetapi keluarga nya merestui kami kerana saya janda beranak 2..kini kami putus dan ikut haluan masing-masing.tapi dalam hati saya masih sayangkan dia lagi.bagaimana ye..

  6. amira says:

    *tak merestui..maaf salah taip

  7. mieza says:

    Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita

    hahaha betul pun :) kami sebenarnya satu sekolah rendah agama tp tak pernah kenal satu sama lain. bila cerita balik kisah waktu sekolah kawan saya adalah kawan dia dan guru kami adalah sama…. tapi saya tak pernah perasan dia dan dia pun sama. weird….:) berkenalan lepas SPM,skang dah 3 tahun kami berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan seorang baby girl yang comel…

  8. Pendekar Tak Kunjung Kalah says:

    Yang Dekat2 Slalu Jumpa TU Jodoh Kita??? Banyak La Kau Punya Jodoh T_T Jodoh Ni Sebenarnya Memang Tuhan Yg Tentukan.. Tapi Kita Kena Usaha La LoL. Kalau Kucing Nak Ikan.. Kena La Keluar Memburu LoL. Kalau Kita Goyang2 Kaki Leh Ke Tiba2 Awek Turun Dari Langit Wakakakaka……. ^_____^ Apa2 Pun Cari Biar Yang Dekat2.. Sng La Nak Berhubung.. Takde la Nanti Makan Ati.

  9. Najmi says:

    Good article

    “Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan? Sekurang kurangnya korang harus mencuba.”

    Saya sekarang sedang mengalami perkara ini. Suka dalam diam ni memang perit dan sakit jiwa. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan dengan “mencuba”. adakah mencuba untuk melafazkan perasaan hati pada si dia?

    Terima kasih.

  10. ashikin says:

    salam admin,thaxz for sharing..sy tertarik dgn tajuk “Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita”…sy sndiri pn dh alami situasi ini..jauh2 sy merantau akhirnya jodoh org sebelah taman je..alhamdulillah,jodoh Allah :)

  11. Naim says:

    admin..saya sudah ada teman wanita, tetapi hati dan perasaan saya begitu kuat terhadap sahabat karib saya. Saya semakin runsing memikirkan hal ni. Saya dah kenal kawan saya tuh lebih lama drpd gf saya. Pernah saya luahkan perasaan pada bff saya tuh tpi dia masa tuh sudah berpunya. Saya…entahlah..saya rasa tak yakin dgn gf sya tapi saya taknak kecewakan hati dia. Saya selalu hangout dgn bff saya brbanding gf sya sndiri (tapi bukan berdua).. kalau orang2 yg tak kenal saya dgn bff sya..msti org tuh ckap yg kami ni pasangan bercinta..hurm apa patut saya buat :'(

  12. cinta-layu says:

    saya da cube..yang terbaik..sekarang gantng x bertali..saya xtw ape pngakhirn jdoh kmi..samaada brakhir dgn sebuah pkhwinan ata ””’.andai die jdohku..briknla yg tbaik untuku..tpi klu bkn sya reda n sy xnk brcnta lama tp xda pghujungnya..benar brcntala slepas khwin…huhuh

  13. aindiera says:

    Saya berkawan dengan kekasih saya selama 10 tahun.selama 10 tahun kami memendam perasaan masing2..akhirnya alhamdulillah setelah itu jumpa balik dan kami menjadi kekasih dan merancang untuk kawen.maslahnye sekarang keluarga x nk sy kawen denagn kekasih dan best friend sy tu sebab x sekufu.saya ada ijazah dye hanya spm.sy dah buat istikharah sy nmpak dye.tp hati sy ragu samada ikot kehendak family atau diri sendiri..sebab family ckp kekasih sy x mampu menyara hidop sy bile kahwin nnt..tlng sy selesaikan maslah ini

  14. Syakirah says:

    Alhamdulillah. Sy xtawu nak gambarkan mcm mana perasaan sy ni. Sy mula rasa ‘betul ke dia lelaki yg tepat utk aku?’ ., sy google, sy click randomly then sy terbukak entry awk. Seriously mcm sy alami skrg.. Allahh.. Mgkin sy rasa sy nk mengalah dan biar it goes with the time then Allah ‘bring’ me to this great entry. Mungkin dia nk tunjukkan ssuatu.. Terima kasih admin :) May Allah always bless you.

  15. aina says:

    salam..mcm sy pula,sy dh suke dkt seorang lelaki nih mse form 4 smpai skang(24thun).sy tolak rmai lelaki sbb kan die.shinggalah die berkahwin hjung thun 2011.tp x lmer perkahwinan die bertahan x smpai setahun.buat pengetahuan awk,sy der bermimpi berkahwin dengan die byk kli..hanya dengan die.hinggalah sy terdetik buat solat istikharah dan mlm itu sy bermimpikan die.petunjuk mungkin?sy x penah ngaku yg sy suka kat die sbb sy malu dan segan.lebih2 lg family die rapat dgn pakcik sy.adakah itu slh satu petanda yg die jdoh sy or bkan?

  16. nana says:

    salam. saya berkenalan dengan seorang lelaki menerusi wechat. dia serious ingin berkawan dan mahu meminang saya. apa komen saudari?

  17. nurul nasuha says:

    Salam admin . Thanks for sharing this entry . Saya dah berpisah dengan kekasih lama saya dalam masa hampir 3 tahun . Hari hari saya simpan perasaan dan tunggu beliau . Satu hari dia muncul kembali . Mungkin kami tak fikir lagi untuk ke next level tapi kami masih berkawan dan dia tak tahu yang saya masih sayangkan dia dan tunggu dia selama ni . Apa perlu saya buat admin ?

  18. Alif says:

    Subhanallah., artikel yang sangat bagus .banyak ilmu di dalamnya,,

    moga Allah cepat kurniakan jodoh untuk saya

  19. aina yoenaa says:

    tq berkongsi ulasan yg amat bgus n terperinci pape pon sy pnh berjauhan selama 6 bulan dan selama 6 bulan kami x dpt berhubung… syukur sangat2 walaupun ada seorang hamba Allah nie hadir,, namun jodoh kami kuat slpas 6 bln kami bertunang n now dlm proses untuk mendirikan rumah tangga .. aminnnn..

  20. FAS says:

    terima kasih atas perkongsian ini.
    walaubagimnpun saat ni saya merasakan keliru

    walaupun saya bersama tunang tpi hati sya msih memikrkan sesorang. saya gembira die menjmpai pggnti tpi entah kenapa sy sukar menerimanya. sy kerap mngingati die :(
    saya takot saya tersalah pilih

  21. haslinda says:

    salam.byk benda yang saya belajar dari artikel ni.tq sebab sharing. saya tgah usaha nak selamatkan hubungan yang sememangnya retak ni.tapi semuanya atas silap saya juga. saya yang tipu dia n curang dengan dia.kami ada merancang nak ke next level.sya tak tahu nak macam mana kembalikan kepercayaan dia pada sya.mcm2 sya buat.tapi still..sya tahu,xmudah nak memaafkan perbuatan saya. hanya doa yang mampu saya panjatkan agar dia memaafkan saya n terima saya balik. aminn..

  22. Day Z says:

    Assalam.
    saya kini sedang bercinta dengan kawan baik saya iaitu teman sepejabat. masalahnya dia adalah suami org. sy meminatinya dlm diam dan tidak pernah trlintas utk memberitahunya. hanya sekadar suka2. sy pernah kirimkn doa dengan bos sy yg pergi menunaikan haji agar cpat dipertemukan jodoh. tidak lama kemudian dia meluahkn perasaan kpd sy. kemudian kami putus hubungan kerana diketahui oleh isterinya. sy mengalami saat sukar slps berpisah krn sy amat mencintainya. sy buat solat hajat dan istikharah dan ade ternmpak wajahnye. ttpi sy abaikan kerana beranggapan hanya mainan tidur dan kami tiada jodoh. selepas hampir setahun seorang lg bos sy menunaikan haji dan saya mngirimkan doa agar dipertemukan jodoh, tidak lame itu dye hadir kembali dan menyatakan masih menyintai saya seperti dlu dan meyesal diatas tindakannya meninggalkan saya terkontang kanting. hingga kini saya masih bersamanya dan masih merancang untuk bernikah. tetapi dye masih tidak kuat untuk berhadapan dengan isterinya kerana telah berjanji dahulu untuk melupakan saya. tambahan pula isterinya kini sedang mengandung. saya bnyk bersabar dan bertolak ansur demi menjaga perhubungan kami. kerana kami saling mencintai. tetapi sya takut percintaan kami tiada pengakhiran. setiap kali saya terdetik didalam hati dia bukan untuk saya, setiap kali itu jugalah hubungan kami pulih dana bertmbah keserasian kami. saya buntu apa yang harus saya lakukan. saya sentiasa memohon petunjuk dari Allah jika dia memang diciptakan untuk saya, tetapi saya tidak berniat untuk melukakan hati siterinya lagi….

  23. the queen says:

    sejak sekian lama, ade nama seorang lelaki jauh menerawang dalam fikiran dan hati, yang peliknya saya tak dapat tangkap siapa empunya gerangan nama tu. sungguh pelik. terkadang dalam mimpi, nama dan muka sekali nampak. saya cuba cari kat google, then cari kat fb. mane tahu kot2 ade lah kan. bila dicari, adelah orang tu. saya tak sure, apakah itu petunjuk dia jodoh saya? mohon pencerahan..


Si Dia Jarang Menguc

Apa nilai ucapan “aku cinta padamu” atau “I love you” ...

5 Perkara Yang Anda

Pertama; Bercakap terlalu banyak. Apabila anda berdua bersembang, anda jangan terlalu ...

Konsep Hubungan Seks

Sebelum anda mahu melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, anda ...

5 Tips Menjaga Hubun

Pasangan yang sudah berkahwin tetapi diuji dengan hubungan jarak jauh ...

5 Tips Menjadi Suami

Lelaki yang bergelar suami adalah merupakan ketua keluarga yang dipertanggungjawabkan ...