Facebook
RSS





perempuan merajuk

Mengapa Perempuan Merajuk?

1. Cemburu
Top of the list. Pasangan sering merasa cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya ataupun mendekati anda. Seperti kawan-kawan, keluarga, teman sepejabat dan sebagainya.

2. Yang diingini tidak kesampaian
Anda tidak memberikan apa yang pasangan anda mahukan. Sebagai contoh, si dia berkenan pada gelang tangan di ruang pameran, tetapi anda memilih untuk membelikan cincin. Sudah tentu pasangan anda menarik muka masam.

3. Ada yang lebih hebat dari dia
Merajuk merupakan cara paling mujarab untuk menarik perhatian anda. Kerapkali si dia merajuk disebabkan oleh sesuatu yang membuatkannya marah atau tidak selesa. Si dia memerlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang amat berbeza – merajuk
.
.
Jadi, bagaimana cara untuk memujuk?

Kita sudah kupas mengapa pasangan merajuk. Kita lihat pula bagaimana untuk memujuk. Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk.

1. Sentiasa memberitahu yang sebenar
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.

2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.

4. Dendangkan lagu untuk si dia
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama – sama anda!

 

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



5 Tips Menjaga Hubun

Pasangan yang sudah berkahwin tetapi diuji dengan hubungan jarak jauh ...

5 Tips Menjadi Suami

Lelaki yang bergelar suami adalah merupakan ketua keluarga yang dipertanggungjawabkan ...

5 Tips Menjadi Ister

Wanita adalah golongan yang mudah masuk ke dalam neraka, dan ...

5 Tips Menghadapi Sa

Apabila seseorang itu mahu berkahwin, malam pertama sering menjadi bayangan ...

5 Tips Bertemu Bakal

Hari ini ramai lelaki hanya tahu pandai bercinta sahaja tetapi ...