Facebook
RSS





hubungan suami isteri

Kita perlu memahami bahawa hubungan suami isteri itu dipengaruhi oleh sekurang-kurangnya 3 perkara :
1). Aspek diri suami seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya , kemahiran bercakap dan penampilan diri.

2). Aspek diri isteri seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya , kemahiran bercakap dan penampilan diri.

3). Suasana atau persekitaran seperti masa yang dipilih untuk berkomunikasi, keadaan rumah dan sebagainya.

 

Suami isteri perlu menyemai niat yang baik apabila berkomunikasi.
Komunikasi ialah satu perbuatan. Permulaan kepada perbuatan itu adalah niat. Sebagai seorang muslim, niat memainkan peranan penting dalam menilai setiap perbuatan dan amalan kita. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk mendapatkan keredhoaan Allah. Oleh itu suami isteri perlu berlumba-lumba mencari keredhaan Allah di dalam perhubungan. Komunikasi adalah satu proses yang bermula dari dalam individu yang terlibat. Oleh itu pasangan perlu malaksanakan beberapa panduan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi suami isteri serta merapatkan perhubungan keduanya.

 

Kenali diri anda dahulu sebelum mengenali pasangan.
Anda perlu menilai sikap anda, kelemahan , kekuatan dan keperluan di dalam hidup berkeluarga. Anda perlu melihat beberapa faktor antaranya :

a. Jangan silap dalam mengenali pasangan anda. Buat apa yang sukai oleh pasangan anda, jangan buat sesuatu yang menimbulkan kebosanan dan jemu.

b. Jangan fikir pasangan anda mempunyai sikap, perasaan dan fikiran sebagaimana anda. Anda perlu memberi ruang perbezaan. Selalu berbincang dan bertukar-tukar pandangan.

c. Jangan suka mencari kesalahan pasangan. Sebagai insan biasa mesti ada kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, maaf bermaafan itu adalah lebih baik.

d. Tidak terlalu cemburu atau tidak percaya kepada pasangan. Cemburu itu tandanya sayang tetapi terlalu cemburu itu menyebabkan sangka buruk Orang yang bersangka buruk tidak akan dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.

e. Jangan terlalu ingin berkuasa ke atas pasangan. Ianya terhasil daripada salah seorang terlalu mementingkan diri dan suka merendahkan pasangan. Akibatnya hubungan akan menjadi kaku dan tidak mesra.

 

Amalkan nilai murni dan akhlak mulia dalam hubungan suami isteri.
1. Sopan santun dan lemah lembut terhadap pasangan.

2. Amalkan sikap saling hormat menghormati.

3. Amalkan memberi salam.

4. Sentiasa sembahyang berjamaah.

5. Panggil pasangan dengan nama yang menghiburkan hatinya yang mesra dan sesuai.

 

Bersedia dari segi mental, fizikal dan penampilan untuk melayani dan mendengar pasangan.
a. Elakkan berkomunikasi ketika anda terlalu letih. Ia mungkin akan menyebabkan anda hilang tumpuan kepada apa yang diperkatakan oleh pasangan. Ini akan menyebabkan jemu dan bosan.

b. Kemaskan penampilan diri sebelum berkomunikasi. Fikir apa yang anda hendak perkatakan sebelum anda menyarakannya kepada pasangan anda.

c. Wujudkan keselesaan dan keindahan di dalam rumah. Suasana rumah yang kotor, berselerak dan bising kurang sesuai untuk berkomunikasi.

 

Tingkatkan kemahiran berkomunikasi.
1. Beri tumpuan kepada pasangan samasa berinteraksi iaitu mewujudkan pertembungan mata. Ianya menandakan anda memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan.

2. Sampaikan mesej dengan jelas dan tepat tanpa ada muslihat. Bungau-bunga di dalam perbualan kadang-kadang akan merimaskan pasangan dan mungkin dia tidak dapat memahaminya dengan jelas.

3. Elakkan daripada bercakap serentak. Jangan pentingkan diri anda. Dengar dulu apa yang pasangan anda ingin perkatakan.

4. Dengar sambil menghayati tanpa menilai apa yang dicakapkan oleh pasangan anda. Anda perlu faham perasaannya dahulu kemudian barulah memberikan pandangan atau teguran atau anda diam sahaja.

5. Minta penjelasan apabila tidak faham apa yang diperkatakan.

 

Kerap melakukan aktiviti bersama. 
a. Selalu beribadah bersama

b. Mengingati dan menarikan ulangtahu? Hari kelahiran bersama.

c. Berkongsi tugas di rumah.

d. Sering berjenaka dan bergurau senda.

e. Berbincang apabila melibatkan urusan rumahtangga.

 

Beri atau terima teguran secara baik dan bijaksana.
a. Tidak menengking apabila marah tetapi menggunakan bahasa teguran yang membina atau diam menandakan anda sedang marah.

b. Menegur dengan lembut tetapi tegas.

c. Jangan merendahkan pasangan apabila anda sedang marah.

d. Segera meminta maaf apabila bersalah. Jangan ego.

 

Adab sopan apabila berdepan dengan suami
1. Suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.

2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang- kadang dia sengaja hendak menguji kita.

3. Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali yang melanggar syariat.

4. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (di sinilah tanda kasih sayang terhadap suami ). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.

5. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian ( di dalam rumah ) dan berwajah manis.

6. Memuliakan ibubapa dan keluarga suami, menghormati isteri-isterinya ( jikalau bermadu ) dan melayani anak-anak suami (anak tiri kita) dengan baik.

7. Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati.

8. Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya,menjaga kebersihan dan kekemasan rumah.

9. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air.

10. Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.

11. Mesti sama-sama merasai perasaan suami .Suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang. Dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak menperkecilkannya. Tegasnya, dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.

12. Memelihara maruah suami.

13. Memahami akan kerjaya suami dan tidak merungut jika suami balik lewat.

14. Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak mulia di depan suami. Tidak bertengkar atau bergaduh di depan anak-anak.

15. Mengekalkan sifat malu kepada suami.

16. Memelihara kehormatan ketika suami tidak ada di rumah.

17. Merasa cukup apa yang telah diberikan oleh suami.

18. Melayan suami hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

 

Bersabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila seseorang wanita tetap bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mematuhi suaminya, maka dapatlah dia memasuki syurga.” (Hadith Riwayat Al Bazzar)

 

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



3 Cara Untuk Buatkan

Cara Pertama; Menjadi seorang pendengar yang baik. . Isteri akan mula pandang ...

Cinta Jarak Jauh Tid

Ada sesetengah orang sangat tidak percaya kepada cinta jarak jauh ...

Bercinta Dengan Oran

Kes bercinta dengan orang kenamaan ini adalah kes cinta terpencil. ...

Tips Memikat Cinta L

Jika anda ingin memikat lelaki yang anda suka, anda boleh ...

Tips Pikat Awek

Anda tidak perlu lagi peningkan kepala bagaimana hendak memikat awek ...